Sabtu, 9 Julai 2016

Aidilfitri 1437H



Adilfitri 1437H ini, aku cuma dapat sekeping kad hari raya daripada Pha Is - pemilik blog Hikayat Budak Pening. Siap ada pantun enam kerat lagi: 

Pada langkah yang menoreh hati, 
Pada kata yang membeku lara, 
Seikhlas hati saya menyusun jari; 
Memohon maaf kekhilafan diri, 
Andai tersalah kata tersilap bicara, 
Sepanjang perkenalan di alam maya.

Dalam era atas talian yang serba-serbi pantas, peristiwa menerima kiriman kad raya sangat jarang berlaku malah hampir mustahil. Apabila menerima walau sekeping kad hari raya pun sudah terasa sangat istimewa. Individu yang sanggup berusaha untuk membeli, menulis dan mengirim kad raya dalam era ini pasti istimewa juga sehingga boleh menjadi entri dalam blog.

Nama-nama jalan di Pulau Pinang itu pula ialah fridge magnet - hadiah untuk aku sebagai salah seorang pengomen tegar dalam blog Hikayat Budak Pening. Fridge magnet itu bolehlah aku gunakan apabila aku sudah kembali bekerja, mendiami rumah sendiri serta mempunyai peti sejuk sendiri 


P/S: Pandai Pha Is buat pantun enam kerat. Pujian daripada seorang berpangkat kakak